top of page

FAQ (Soalan Lazim)

Apakah latarbelakang sekolah ini?

​

         Mutiara Integrated Secondary School (MISS) yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menenengah Islam Tahfiz Al-Amin Puteri (SMITA [P]) di Batu 22 ½ Kuala Pangsun, Hulu Langat merupakan sekolah menengah integrasi berasrama penuh yang mula beroperasi sejak 2016.  MISS merupakan salah sebuah sekolah di bawah rangkaian sekolah - sekolah Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia.

Selain itu terdapat beberapa rangkaian sekolah di bawah Al-Nidaa seperti:

​

  • SMITA (Untuk pelajar lelaki sahaja) di Chenderong Balai Teluk Intan (Mula beroperasi pada 2012)

  • Mutiara Integrated Primary School (MIPS) di Seksyen U4, Shah Alam (Mula beroperasi pada 2016)

  • Mutiara Kafa Learning Centre (MKLC) di Mutiara Damansara (Mula beroperasi pada 2008)

  • Maahad Tahfiz Mutiara di Kerteh, Terengganu (Mula beroperasi pada 2017)

​

           Sekolah ini mula diilhamkan penubuhannya sejak tahun 2015 dan sememangnya dirancang beroperasi di Hulu Langat kerana Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ telah diwakafkan sebidang tanah berkeluasan 2 ½  ekar di lokasi tersebut. Setelah melalui fasa pembinaan bangunan bermula dari awal 2018, Alhamdulillah MISS mula beroperasi sepenuhnya di bangunan baru pada awal Januari 2019.

Adakah sekolah ini berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor?

​

Ya , sekolah ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai Sekolah Menengah Agama Swasta khusus untuk pelajar perempuan. Kod Sekolah JAKIM dan Kod Sekolah Negeri adalah BLL4015. Boleh merujuk pada pautan berikut: http://simpeni.islam.gov.my/simpeniv2/index.php?pages=pages/semakan_sekolah&proses=PRO

Dimanakah lokasi sekolah ini?

​

Lokasi sekolah kami kini adalah di Lot 13554 Batu 22 ½ , Kuala Pangsun, 43100 Hulu Langat, Selangor

Google Map: https://g.co/kgs/dTRXCU

Waze: https://waze.com/ul/hw286q03g8

Apakah kurikulum yang ditawarkan di sekolah ini?

​

              MISS menawarkan kurikulum pendidikan bersepadu (Integrasi) merangkumi Akademik, Diniah & Hafazan. Kami menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi matapelajaran teras yang ditawarkan. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam semua matapelajaran akademik. Oleh sebab itu, pelajar baru akan diwajibkan mengikuti kursus bahasa/ intensive course selama 6 bulan termasuklah bahasa arab.

​

Selain itu terdapat beberapa subjek elektif yang diajar secara khusus untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3 iaitu Critical Thinking, Character Development bertujuan untuk membina kemahiran berfikir dan berkomunikasi pelajar. Atas fokus berikut, para pelajar MISS tidak menduduki PT3.

​

Bagi pelajar tingkatan 5, mereka akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 2 aliran ditawarkan iaitu aliran sains dan aliran akaun.

Berapakah target hafazan al-quran yang diwajibkan kepada pelajar?

​

              Target minima hafazan dalam tempoh 5 tahun adalah 10 juzu sahaja. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan serta komitmen untuk meneruskan hafazan ke tahap yang lebih tinggi akan diberikan bimbingan khusus. Walaupun kami meletakkan target minima, terdapat juga pelajar yang dapat menamatkan hafazan 30 juzu’ dalam jangka masa 5 tahun persekolahan seperti salah seorang pelajar kami dari SMITA Teluk Intan.

Apakah syarat kemasukan ke sekolah ini?

​

1) Kemasukan khusus untuk Tingkatan 1 dan terbuka juga untuk tingkatan 2,3,4 & 5 (Bergantung kepada kekosongan)

​

2) Pelajar PEREMPUAN sahaja

​

3) LULUS semua matapelajaran UPSR /Pelajar aliran tahfiz sepenuh masa boleh memohon

​

4) Mesti boleh membaca Al-Quran dengan baik

​

5) Pemohon akan ditemuduga dan menduduki ujian terlebih dahulu. Keputusan temuduga/ujian itu menentukan pemohon diterima masuk atau sebaliknya.

​

6) Dalam kes-kes tertentu sekolah berhak menolak permohonan masuk, contohnya pemohon yang ada rekod jenayah dan berakhlak amat buruk atau sebagainya.

Apakah bentuk ujian temuduga yang dilalui oleh pemohon?

​

Pelajar akan melalui ujian bertulis Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, ujian lisan Bahasa Inggeris dan bacaan al-quran.

Apakah persediaan pemohon ketika menghadiri proses temuduga?

​

Pemohon perlu membawa Salinan kad pengenalan, keputusan UPSR/Percubaan UPSR/UPKK/ keputusan peperiksaan akhir tahun (bagi permohonan ke tingkatan 2/3/4/5) dan satu gambar berukuran passport. Selain itu pemohon dikehendaki membawa bersama alat tulis untuk menjalani ujian bertulis.

Apakah persediaan pemohon ketika menghadiri proses temuduga?

​

Pemohon perlu membawa Salinan kad pengenalan, keputusan UPSR/Percubaan UPSR/UPKK/ keputusan peperiksaan akhir tahun (bagi permohonan ke tingkatan 2/3/4/5) dan satu gambar berukuran passport. Selain itu pemohon dikehendaki membawa bersama alat tulis untuk menjalani ujian bertulis.

Jika anak saya tidak mengambil UPSR/PSRA/UPKK/mana – mana peperiksaan di bawah Kementerian, adakah boleh memohon?

​

Syarat utama penerimaan pelajar adalah lulus ujian temuduga. Semua pencapaian pelajar dijadikan sebagai dokumen sokongan kepada penilaian temuduga. Oleh yang demikian, anak tuan/puan boleh memohon.

Bilakah temuduga akan dijalankan?

​

Temuduga akan dijalankan pada bulan Oktober – Disember 2021. Tarikh – tarikh temuduga terbuka akan dikeluarkan pada awal Oktober 2021. Pihak tuan/ puan boleh menghubungi pejabat sekolah bagi membuat lawatan/ temujanji untuk temuduga melalui panggilan telefon terus ke +60 19-221 6477 (Pejabat).

Bagaimana cara untuk memohon?

 

1. Lengkapkan Borang Permohonan dalam web secara Online. Sila klik pautan berikut:  https://my09.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=smita 

 

2. Pihak sekolah akan memaklumkan penerimaan permohonan pendaftaran dan akan mengadakan sesi temuduga

Bagaimana cara untuk menghubungi pihak sekolah?

 

Boleh berhubung terus dengan pihak sekolah melalui saluran di bawah;

E-mail:  miss.hululangat@gmail.com

Telefon: +60 19-221 6477 (Pejabat) (WhatsApp – Sila Klik pautan berikut: https://api.whatsapp.com/send?phone=60192216477&text= )

MISS_Logo_Grreen_Txt.png

MUTIARA INTEGRATED SECONDARY SCHOOL

(A BRANCH OF AL-NIDAA’ SCHOOLS)

  • White Instagram Icon

Hubungi Kami

© Copyright 2023 by MISS. Proudly created with Wix.com

Tel: 019-221 6477

Email: miss.hululangat@gmail.com

Address

Lot 13554 Batu 22 ½ , Kuala Pangsun, 43100 Hulu Langat, Selangor

bottom of page