
Kata - Kata Aluan Pengetua

ï·½
​
Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan besar Muhammad SAW serta ahli keluarganya, sahabat-sahabat baginda, para tabi’in dan seterusnya pewaris-pewaris perjuangannya.
​
Penubuhan Mutiara Integrated Secondary School (MISS) atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Tahfiz al-Amin Puteri (SMITA [P]) adalah satu usaha pendidikan oleh sebuah syarikat milik Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia iaitu Persada Mesra Sdn Bhd (948920-H) yang tidak bermotifkan keuntungan.
MISS telah melantik Jamaah Pengurusan seperti yang dikehendaki oleh Enakmen no. 2 tahun 1988 pindaan no. 7 tahun 2001 (Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam) dalam perkara 13(1). Jamaah Pengurusan adalah bertanggungjawab ke atas segala halatuju, dasar dan perjalanan harian MISS.
Tujuan MISS ditubuhkan ialah untuk melahirkan generasi muslim yang bertaqwa, berakhlak mulia, berfikiran terbuka dan berjiwa tajdid. MISS bercita-cita dan merancang untuk menyediakan landasan yang betul bagi para pelajar melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang yang dicuburi.
​
Dengan menawarkan pendidikan bersepadu antara Hafazan, Akademik & Diniah, ia menjadi satu keperluan buat jenerasi kini mendapatkan pendidikan yang tepat serta bersifat komprehensif bagi mempersiapkan diri menempuhi era yang kian mencabar.
Kenali KAMI dengan lebih lanjut melalui profile ringkas yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut: Profile MISS .
​
Sekian, terima kasih.

Nihad B Mat Nor
Pengetua MISS, Hulu Langat

MUTIARA INTEGRATED SECONDARY SCHOOL
(A BRANCH OF AL-NIDAA’ SCHOOLS)