MAJLIS PENUTUP MINGGU BAHASA MELAYU & SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
- Mutiara Integrated Secondary School MISS
- Aug 30, 2020
- 1 min read
Telah berlangsungnya Majlis Penutup Minggu Bahasa Melayu dan Sambutan Kemerdekaan dengan penuh gilang-gemilang serta semangat patriotik yang ditunjukkan oleh warga M.I.S.S.

Majlis penutup diserikan dengan acara deklamasi sajak, persembahan teater, tayangan video, nyanyian lagu patriotik dan penyampaian hadiah bagi pertandingan yang dilaksanakan sepanjang minggu ini.
Terdapat 16 acara dipertandingkan sepanjang program terdiri daripada pertandingan mendeklamasikan sajak, kuiz sejarah, larutan jalur gemilang, eksperimen kemerdekaan, teka bahan purba, kelas paling patriotik dan pelbagai lagi.
Semangat patriotik dan cintakan negara perlu dipupuk dari awal khususnya di peringkat sekolah. Menjadi satu misi sekolah agar dapat membentuk para pelajar yang merupakan jenerasi masa hadapan negara agar cintakan tanah air.
Ucapan penghargaan khususnya kepada barisan Pimpinan Pelajar yang diketuai oleh Saudari Nurin Najwa Bt Kamarudin yang menjadi penggerak utama bagi menjayakan acara - acara yang dijalankan sepanjang minggu ini.
Opmerkingen