PROGRAM AL-NIDAA’ YOUNG GENERATION; WHITE WATER RAFTING 6.0, 2019
- Mutiara Integrated Secondary School MISS
- Nov 19, 2019
- 1 min read
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ merupakan pertubuhan yang sangat aktif dalam memperkasakan institusi pendidikan Islam di negara ini. Sebagai usahan mendidik anak-anak muda mendekati dan mengamalkan Islam secara konsisten, banyak usaha telah dilaksanakan oleh Al-Nidaa’ termasuk mengadakan program-program lasak dan mencabar.

Program Al-Nidaa’ Young Generation; White Water Rafting 6.0, 2019 merupakan satu program khas untuk memberikan motivasi, kesedaran serta latihan jati diri para pelajar Tingkatan 3 untuk menjadi Khairu Ummah pada masa depan. Program sebegini merupakan acara tahunan kali ke-6 dianjurkan oleh Al-Nidaa’ bermula pada tahun 2014.

Antara objektif yang telah digariskan ialah ; i. Memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang perlunya umat Islam bangkit menjadi muslim yang aktif dan cemerlang untuk menggerakkan dakwah islamiah. ii Menyemarakkan semangat kerjasama para pelajar, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai islam melalui aktiviti yang dijalankan. iii Menguji keberanian, kecekalan, jati diri dan daya tahan lasak para pelajar apabila berhadapan dengan cabaran. iv Memberikan pendedahan tentang keindahan alam ciptaan tuhan yang perlu dinikmati dan dipelihara.
Program Al-Nidaa’ Young Generation; White Water rafting 6.0, 2019 telah dijalankan pada 26-27 Oktober Oktober 2019 bertempat D’ Tibang Camp & Chalet, Kampung Ulu Slim, Slim River Perak. Penyertaan pada tahun ini melibatkan pelajar Tingkatan 3 SMITA (23 orang) dan MISS (18 orang) serta diiringi guru seramai 7 orang guru sebagai urusetia dan moderator.
Motto : We Are The Best Generation
Aktiviti : Ta’aruf Solat musafir berjamaah Latihan dalam kumpulan Memasang dan mendirikan khemah Ceramah motivasi Qiamullail Tazkirah Merentas hutan Eksplosasi Air Terjun Lata Manik Menyantuni dan berdakwah kepada orang asli Latihan kerjasama Senaman dan regangan White Water Rafting – berpasukan Water confident Dan lain-lain
Comments